Era Genroku (1673-1735) Kabuki

Semasa Era Genroku (1688-1704), Kabuki berkembang. Struktur lakonan Kabuki dibentuk pada zaman ini. Teater Kabuki dan Ningyo Jojuri, sejenis bentuk teater boneka yang kemudiannya dikenali sebagai Bunraku menjadi saling berkaitan pada masa ini serta kedua-duanya mengikut perkembangan yang sama.Penulis skrip terkenal Chikamatsu Monzaemon (1653-1725), salah seorang daripada penulis Kabuki profesional terawal memperkenalkan beberapa karya yang berpengaruh dan satu daripadanya dikenali sebagai karyanya yang paling diingati, Sonezaki Shinju.

Ini adalah lakonan kisah cinta yang berakhir dengan kematian akibat kedua-dua kekasih membunuh diri. Skrip ini pada asalnya ditulis untuk Sunraku tetapi seperti kebanyakan lakonan Sunraku, ia diadaptasikan kepada Kabuki. Malah, lakonannya dilaporkan telah menyebabkan ramai yang meniru aksi bunuh diri sehinggakan kerajaan terpaksa mengharamkan persembahan ini pada 1723.

Selain itu, Ichikawa Danjuro I (1660-1704) juga seorang tokoh yang dipuji dengan mengembangkan solekan Kumadori (BTO yang menyerupai topeng dan Mie sejenis gaya tidak bergerak yang sangat berkuasa dan beremosi. Sewaktu pertengahan abad ke-18, Kabuki kurang menyerlah buat sementara apabila Sunraku telah mengambil tempatnya sebagai hiburan utama kelas bawahan.

Ini berlaku kerana munculnya beberapa penulis skrip Sunraku yang hebat. Tidak banyak yang diketahui tentang perkembangan Kabuki sehinggalah penghujung abad tersebut apabila ia mula bangkit semula.

Rujukan

WikiPedia: Kabuki http://audiolunchbox.com/album?a=36544&z= http://www.japan-guide.com/e/e2090.html http://www.kabuki21.com/ http://www.mint.go.jp/eng/coin/international/coins... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/141/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/142/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/144/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/145/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/147/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/149/index.html...